News

TATML Tarik Minat Delegasi MAACWG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

TATML 18hb.April 2012 – Hari ini TATML menerima kunjungan delegasi mesyuarat Malaysia/Australia Agricultural Cooperation Working Group ( MAACWG )  yang berlangsung selama 4 hari di-Hotel Berjaya Langkawi. Ini merupakan mesyuarat tahunan hubungan dua hala mengenai pelbagai sektor pertanian antara kedua dua negara. Mesyuarat yang diterajui MOA ini diwakili   oleh pegawai dari jabatan dan agensi  pertanian kerajaan dari  kedua dua negara ini,  turut membabitkan perwakilan beberapa saintis dari MARDI.

Lawatan delegasi tersebut diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia mengambil masa selama hampir dua jam Di TATML. Sepertimana biasa sebagai tuan rumah kepada lawatan kerja ini, satu taklimat bertajuk ‘ MARDI Agrotechnology Park Langkawi – Consept & Development As Tourist Destination’ telah disampaikan oleh Pengurusan TATML selama 30 minit. Ini dituruti dengan sesi lawatan kepersekitaran ladang serta diakhiri dengan sajian buah-buahan dan minuman selama satu jam secara santai di-dewan terbuka. Aturcara ini merupakan satu amalan biasa bagi TATML pada setiap kali menerima kunjungan pelawat berjadual sama ada dari dalam atau pun luar negeri.

Secara keseluruhannya semua aturcara ringkas ini berjalan lancar dan perwakilan mesyuarat menunjukkan minat dan begitu fokus terhadap aktiviti TATML. Dalam pada itu terfikir juga sekiranya pusat maklumat teknologi TATML yang dalam peringkat pengisian dalaman dapat disegerakan sudah tentu ianya akan dapat menonjolkan lagi MARDI sebagai peneraju teknologi pertanian kepengetahuan umum melalui pelancongan kerana kita saban hari kian menerima ramai pengunjung berjadual secara group tour.
Sekian, berita semasa TATML. Wassalam

HM - Langkawi


Agro Technology Park MARDI Langkawi
Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Kedah Darul Aman 07000 Langkawi Malaysia

Copyright @2012

.