News

TATML Sambut Ketibaan KOREAN Group Tour

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

TATML 16HB. Mei 2012 – Hari ini kumpulan pertama 90 pelawat Korean Group Tour mula tiba diTATML. Sebagai menyambut ketibaan pelawat-pelawat yang dibawa masuk melalui agensi pelancongan Marine World Sdn. Bhd. Dari Kota Kinabalu ini, satu banner berbahasa Korea telah dipasang di-hadapan pintu masuk bangunan pelancongan TATML. Pihak pengurusan TATML telah mengambil pendekatan dengan memberi perkhidmatan yang agak istimewa kepada kumpulan ini demi menjaga imej Marine  World yang telah berusaha mempromosi TATML dikalangan pelancong Korea.
Sepertimana dinyatakan dalam berita semasa TATML pada 12hb. Mei lalu, kumpulan kedua akan tiba esok 17hb. Mei dan diikuti kumpulan ke-3 dan ke 4 pada 23hb.Mei dan 24hb Mei hadapan. Mengikut maklumat terbaru yang kami terima dari Marine World, jumlah keseluruhan ke-empat empat kumpulan ini telah bertambah kepada 350 pelancong Korea.

Sekian, berita semasa TATML. Wassalam.

 


Agro Technology Park MARDI Langkawi
Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Kedah Darul Aman 07000 Langkawi Malaysia

Copyright @2012

.