News

TATML NAIKKAN HARGA TIKET MULAI JUN 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera,

TATML 19 Mei 2014 – Sebagai makluman, Pengurusan TATML akan menaikkan harga tiket mulai 1 Jun 2014 ini. Ini membabitkan harga tiket pelawat antarabangsa daripada RM20.00 kepada RM25.00 dan harga tiket pelawat domestic atau “Mycard holder” daripada RM6.00 kepada RM7.00. Peningkatan harga tiket ini adalah ekoran dari pertambahan kos mengurus dana yang ditanggung oleh Pengurusan TATML terutama dalam perbelanjaan penggajian dan elaun-elaun “ Contract For Service” termasuk caruman KWSP, SOCSO, perubatan, bayaran insentif khas kerja waktu rehat, dan elaun lebih masa   berasaskan gaji minimum yang ditetapkan oleh JPA. Semua  emolumen ini melibatkan perbelanjaan Dana TATML sebanyak RM23,000.00 sebulan. Secara purata Dana TATML menanggung perbelanjaan tetap sebanyak RM57,000.00 sebulan terutama yang membabitkan perbelanjaan penjagaan ladang, bekalan input pertanian, bahanapi, utility, bekalan buah-buahan dan percetakan. Selain itu sekiranya  perbelanjaan berubah “variable cost” seperti maintenance tram, pembaikan kecil infrustruktur ladang, bangunan dan lain-lain turut diambilkira maka secara purata pengurusan dana membelanjakan hampir RM70,000.00 sebulan.

Walau pun pendapatan semasa TATML secara purata adalah RM120,000.00 sebulan dan masih relevan berbandingkan  perbelanjaan bulanan dana tetapi kami perlu memikirkan margin lebihan yang lebih selesa  sekiranya berlaku kes-kes pembaikan luar jangka keatas aset-aset dana yang kian berusia terutamanya 7 unit tram yang digunakan tanpa henti untuk membawa para pengunjung setiap hari. Berasaskan perbelanjaan ini jugalah Pengurusan TATML tidak lagi melayan mana-mana jabatan atau agensi kerajaan yang memohon masuk percuma kerana kami perlu menilai perbelanjaan wang pusingan yang bersifatkan sebagai wang amanah oleh MARDI kepada TATML dalam menguruskan aktiviti pengurusan hasil. Ini adalah antara penjelasan yang kami kemukakan sebagai maklumbalas kepada surat-surat dari pelbagai jabatan dan agensi yang sering memohon pengecualian bayaran tiket. Pengurusan TATML memikirkan adalah tidak adil kepada orang awam yang dikenakan tiket sedangkan kakitangan jabatan dan agensi kerajaan dikecualikan daripada bayaran. Sepatutnya orang jabatan perlu lebih memahami akan kaedah pengurusan hasil yang kita laksanakan. Soal bayaran tiket ini kadang-kadang kami terfikir sesama sendiri lebih mudah memahamkan kepada orang awam daripada memahamkan kakitangan jabatan. 

Sebenarnya, kelulusan untuk menaikkan harga tiket telah lama diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga MARDI pada awal tahun ini tetapi pihak kami masih menunggu masa yang sesuai untuk melaksanakannya  kerana beberapa perkara perlu diambilkira. Pandangan dari para promoter (pemandu teksi dan ajensi pelancongan) tidak dilupakan kerana mereka-mereka inilah yang membawa para pelancong ke-TATML. Secara menyeluruh  mereka telah menyambut baik perlaksanaan harga baru ini dengan bersyarat komisen mereka turut dinaikkan daripada RM3.00 kepada RM4.00 bagi setiap pelancong yang dibawa. Dengan persetujuan ini TATML tidak akan merasa bimbang andainya akan berlaku impak negatif kehadiran pengunjung dimasa akan datang. Harga baru ini masih berpatutan dengan mengambil kira servis dalaman TATML merangkumi pekhidmatan tram, penyediaan staf khidmat pelanggan dan fruits buffet yang disediakan kepada setiap pengunjung.

Sempena dengan kenaikkan harga tiket ini juga, TATML akan melaksanakan system tiket berkomputer atau E-Ticket pada 1 Jun 2014 dimana penyata jualan tiket akan diemel secara automatic pada setiap hujung bulan kepada Pengarah Pusat PS. Sistem ini akan memudahkan urusan jualan tiket kepada petugas-petugas di-kaunter terutama semasa “peak season” menjelang pertengahan Jun ini disamping pengurusan tiket akan menjadi lebih cekap dan telus. Pengurusan TATML menjangkakan dengan harga tiket baru ini  akan melonjakkan lagi 20% pendapatan kasar TATML pada tahun ini. Sebagai hebahan kadar baru harga tiket ini, pihak kami telah pun membuat pemakluman awal kepada mereka-mereka yang terlibat terutamanya Persatuan Pemandu Kereta Sewa Langkawi, Persatuan Pemandu Teksi Malaysia Cawangan Langkawi ( PETEKMA), Persatuan Pemandu Pelancong Langkawi (LTGA), Malaysian Assosiation Travel & Tour Agent (MATTA Langkawi) dan Persatuan Hotel-Hotel Malaysia(MAH Langkawi). Perkara ini merupakan amalan biasa apabila berlaku sebarang perubahan pengurusan pelancongan di-Langkawi berasaskan MOU semasa pelancaran TATML 9 tahun lalu. 
Sekian, berita semasa TATML. Wassalam.
HM – Langkawi..


Agro Technology Park MARDI Langkawi
Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Kedah Darul Aman 07000 Langkawi Malaysia

Copyright @2012

.