News

Pengambaran Kali Ke-2 Program Dokumentari ‘Almajd Channel’ Daripada Dubai Di TATML

Assalamualaikum & salam sejahtera


TATML 12 Jun 2014 – Program dokumentari  ‘Almajd Channel’ daripada Dubai  telah memilih TATML sebagai salah satu lokasi pengambaran yang dijalankan pada 11 Jun 2014. Ini merupakan penggambaran kali kedua di TATML selepas penggambaran pertama oleh krew produksi yang sama pada tahun 2008. ‘Almajd Channel’  ini merupakan sebuah rancangan stesen televisyen swasta yang mempunyai keunikan tersendiri dalam menghasilkan rancangan dibawah terbitannya dan mensasarkan penonton berkeluarga dan perseorangan.


Ini merupakan salah satu usaha dalam membantu mempromosikan TATML kerana program ini diterbitkan dengan kerjasama syarikat produksi yang beroperasi di Dubai, Riyadh, Cairo dan Amman. Antara siaran yang dikeluarkan oleh ‘Almajd Channel’ ialah Almajd Islamic Sciences, Almajd Holy Hadeeth Channel, Almajd News Service, Almajd Kids Channel dan Almajd Satellite Channel. Pihak TATML amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada krew produksi  ‘Almajd Channel’ dan pihak pengurusan Bahagian Pelancongan LADA. Kami di TATML sentiasa terbuka kepada mana-mana media samada dalam atau luar negara bagi melakukan liputan media sebagai satu langkah promosi yang berkesan.


Sekian berita semasa TATML. Wassalam.
Haslinda Hashim – Pegawai Penerangan

 

 


Agro Technology Park MARDI Langkawi
Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Kedah Darul Aman 07000 Langkawi Malaysia

Copyright @2012

.