News

TATML Dalam Racangan Majalah Islam TV Al-Hijrah

Assalamualaikum & salam sejahtera
Hijrah dalam membantu mempromosikan TATML kepada penduduk tempatan. Episod khas mengenai TATML ini akan disiarkan pada 11 Jun 2014 pada jam 10 malam dan siaran ulangannya pada hari Isnin jam 1 tengahari.Intipati rancangan ini adalah sesi wawancara bersama Pengurus Stesen TATML, Tn Hj. Hassim bin Mat mengenai maklumat umum TATML dan pakej-pakej lawatan yang tersedia seperti  pakej lawatan ladang secara berpandu dan fruit buffet iaitu produk agropelancongan ikonik bagi TATML, pakej lawatan pembelajaran dan pakej rekreasi  hutan aktiviti lasak Agro Camp Tour.

Selain itu turut dipaparkan mengenai beberapa teknologi yang diketengahkan oleh TATML seperti pengeluaran sayuran berteknologi tinggi dan pengurusan ladang buah-buahan yang dikaitkan dengan aktiviti pemangkasan, pembungkusan dan penternakan lebah kelulut yang merupakan tarikan terbaru bagi TATML. Pihak TATML amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada krew produksi TV Al-Hijrah. Kami di TATML sentiasa terbuka kepada mana-mana media samada dalam atau luar negara bagi melakukan liputan media sebagai satu langkah promosi yang berkesan. dalam masa yang terdekat.


Sekian berita semasa TATML, Wassalam.

Haslinda Hashim – Pegawai Penerangan

 


Agro Technology Park MARDI Langkawi
Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Kedah Darul Aman 07000 Langkawi Malaysia

Copyright @2012

.