News

TATML Jadi Tarikan Kepada Ister-Isteri Pegawai SPA

Assalamualaikum & salam sejahtera

TATML 21 Mei 2014 – Sempena Persidangan Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke-17 di Pulau Langkawi, TATML turut menjadi salah satu daripada aturcara lawatan isteri-isteri ahli mesyuarat suruhanjaya tersebut pada 22 Mei 2014. Lawatan ini seramai 100 orang yang di ketuai oleh YBhg. Puan Sri Nabihah binti Haji Hassan iaitu isteri kepada YBhg. Tan Sri Mahmood bin Adam, Pengerusi SPA.

Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat oleh Tn. Haji Hassim bin Mat, Pengurus TATML, diteruskan dengan aktiviti lawatan ke ladang buah-buahan sambil menikmati fruit buffet dan melawat ladang anggur. Lawatan ini turut disertai oleh YBhg. Puan Sri Noor Mala binti Harun isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif LADA. 

 Sekian berita semasa TATML. Wassalam.

Haslinda Hashim – Pegawai Penerangan

 


Agro Technology Park MARDI Langkawi
Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Kedah Darul Aman 07000 Langkawi Malaysia

Copyright @2012

.