News

Lawatan Santai YAB Menteri Besar Kedah

Assalamualaikum & salam sejahtera,

TATML 6 Ogos 2014 – Adalah menjadi lumrah kepada Pengurusan TATML kerana sering menerima kunjungan VVIP secara santai tanpa berjadual dan dirancang. Hari ini 5 Ogos 2014 TATML telah menerima kunjungan mengejut oleh Y.A.B Dato' Paduka Hj. Mukhriz bin Tun Mahathir Menteri Besar Kedah bersama Exco Pelancongan Kedah YB. Dato’ Hj. Mohd Rawi bin Hj. Abd Hamid serta rombongan secara santai. Maklumat mengenai kunjungan rombongan Y.A.B hanya dimaklumkan 20 minit sebelum ketibaan tetamu ternama ini. Untuk itu kami mohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk memaklumkan lawatan spontan berkenaan  kepada Pengurusan tertinggi MARDI. Kebetulan semasa lawatan Y.A.B, saya tiada di stesen kerana sedang mengikuti lawatan YB Timbalan Menteri Pertanian di Pulau Tuba.

Walau bagaimanapun alhamdulillah atas kebiasaan TATML yang sering menerima kunjungan tetamu VIP dan VVIP, lawatan selama 1 jam berkenaan telah  dapat diuruskan dengan sempurna. Y.A.B MB dan YB. Exco Pelancongan amat berpuashati dengan pencapaian TATML yang telah pun menjadi satu tarikan sebagai destinasi pelancongan di Negeri Kedah disamping kejayaan mempromosikan buah-buahan tropika terutama kepada pelancong luar negara. YB Exco juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada MARDI yang telah berjaya menambah produk pelancongan di Pulau Langkawi. Berikut dilampirkan gambar-gambar lawatan Y.A.B MB serta rombongan.

Sekian, berita semasa TATML.

Salam Eidulfitri Maaf Zahir & Batin. Wasallam.

HM- Langkawi

 


Agro Technology Park MARDI Langkawi
Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Kedah Darul Aman 07000 Langkawi Malaysia

Copyright @2012

.