News

Penggambaran 'Yallah Shabab'

 

 

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,

TATML 20 Oktober 2014 - Pihak TATML amat berbesar hati dengan kehadiran 20 orang wakil media dari Arab Saudi dengan kerjasama daripada pihak pengurusan Bahagian Pelancongan LADA yang terdiri daripada wartawan, editor dan jurugambar dalam menjayakan sebuah rancangan pelancongan 'Yallah Shabab'.

Rancangan ini merupakan satu langkah promosi yang terbaik kerana memaparkan beberapa lokasi pelancongan yang mempunyai daya tarikan tersendiri dan unik yang terdapat di Pulau Langkawi. Penggambaran buat kali ketiga bagi TATML oleh media Arab Saudi diharapkan mampu menarik minat lebih ramai pelancong timur tengah untuk datang ke TATML kerana 'Yallah Shabab' akan disiarkan di tujuh saluran televisyen.

Sekian, berita semasa TATML. Wassalam.

Haslinda Hashim - Pegawai Penerangan

 

 

 


Agro Technology Park MARDI Langkawi
Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Kedah Darul Aman 07000 Langkawi Malaysia

Copyright @2012

.