News

Lawatan Massahous Ke TATML

Assalamualaikum & salam sejahtera,

7 Februari 2015 - TATML menerima kunjungan seramai 42 orang kakitangan syarikat perumahan terkemuka 'Massahous' daripada German. Lawatan santai selama 2 jam ini dimulakan dengan taklimat ringkas dan lawatan melihat persekitaran TATML.

Mereka kelihatan teruja merasai keunikan buah-buahan tropika ketika menikmati 'fruit buffet' yang disediakan. Pihak TATML mengucapkan ' Danke Shon' kepada peserta lawatan dan melihat lawatan ini sebagai salah satu cara bagi mempromosikan TATML sebagai satu destinasi pelancongan yang terkenal di persada antarabangsa. Disertakan foto menarik sekitar lawatan tersebut.

Sekian, 
Haslinda Hashim - Pegawai Perhubungan TATML


Agro Technology Park MARDI Langkawi
Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Kedah Darul Aman 07000 Langkawi Malaysia

Copyright @2012

.