News

With Husband In Tow

Assalamualaikum & salam sejahtera,

1 Mac 2015 - Penulis blog terkenal With Husband In Tow pasangan suami isteri Eric Hoffman dan Amber dari Amerika Syarikat telah mengadakan lawatan santai di TATML hari ini. Lawatan selama satu jam ini memberi pengalaman baru kepada Eric dan Amber untuk melihat pokok buah naga dan pokok buah-buahan tropika yang lain. Mereka juga teruja memetik buah Markisa dan merasai kesegaran buah tersebut.

Blog mereka boleh dilihat melalui laman web http://www.withhusbandintow.com/ yang banyak menceritakan mengenai kepelbagaian makanan termasuk destinasi pelancongan. Amber yang merupakan pecinta makanan sangat obses mengenai semua aspek makanan Asia. Eric dan Amber telah mengembara ke Cuba dan menetap selama setahun di Bali. Hasil penulisan blog mereka juga mendapat anugerah 'Viator Top 25 Travel Blog To Watch In 2015'.

Pihak TATML mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Mardhiyah daripada Lembaga Pembangunan Langkawi yang sedang giat membantu mempromosikan TATML sebagai salah satu tempat wajib singgah melalui medium baru iaitu menggunakan 'traveller blogger'. Disertakan foto menarik sekitar lawatan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Haslinda Hashim - Pegawai Perhubungan TATML

 


Agro Technology Park MARDI Langkawi
Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Kedah Darul Aman 07000 Langkawi Malaysia

Copyright @2012

.