News

Blogger www.wheressharon.com di TATML

Assalamualaikum & salam sejahtera,

22 Mac 2015 - Blogger terkenal Sharon yang berasal daripada Australia telah mengadakan lawatan di sini semalam bersama suami Joshua dan anak-anaknya. Blog http://www.wheressharon.com/ memfokuskan kepada promosi serta pemasaran destinasi pelancongan bersama keluarga. Blog ini mempunyai jumlah statistik anggaran page view sebanyak 50,000 setiap bulan, pengikut Facebook seramai 2,299 ,pengikut twitter 14,000 dan 5,200 orang pengikut Instagram, Pinterest dan Google.

Sharon juga telah menjelajah ke beberapa tempat pelancongan seperti Bali Indonesia, Barcelona Sepanyol dan lain-lain. Sharon akan berkongsi pengalaman mereka dan menceritakan secara terperinci berkenaan destinasi pelancongan yang dilawati. Setiap penulisan, gambar-gambar serta video akan dimuat naik di dalam blog, laman sosial dan Youtube mampu menarik minat lebih dari 10,000 komen dari peminatnya.

Pihak TATML mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak LADA atas kerjasama yang diberikan dan melihat penulisan blog sebagai salah satu alternatif terbaik menggunakan media baru untuk mempromosikan TATML ke peringkat antarabangsa. Disertakan foto menarik sekitar lawatan sharon bersama keluarga.

Sekian, terima kasih.

Haslinda Hashim - Pegawai Perhubungan TATML


Agro Technology Park MARDI Langkawi
Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Kedah Darul Aman 07000 Langkawi Malaysia

Copyright @2012

.