News

Blogger Migrationalogy.com di TATML

 

TATML 7 Jun 2015 - Blogger Mark Wines daripada Thailand telah berkunjung ke TATML untuk melihat teknologi penanaman dan keunikan buah-buahan tropika yang terdapat di Malaysia. Mark yang dilahirkan di Phoenix Arizona merupakan pecinta makanan dan minat untuk belajar mengenai makanan dari seluruh negara.

Migrationalogy.com memberi inspirasi, matlamat dan mengejar apa yang anda minati. Blog beliau pernah tersiar dalam CNN Travel, The New York Times, Majalah Mabahay(Philippine Airlines), Agoda.com dan Phuket Warta.

Pihak TATML mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) atas kerjasama yang diberikan. Mark yang ditemani isterinya Ying, kelihatan teruja ketika mengikuti lawatan ladang di TATML. Disertakan gambar menarik sekitar lawatan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Haslinda Hashim - Pegawai Perhubungan TATML.


Agro Technology Park MARDI Langkawi
Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Kedah Darul Aman 07000 Langkawi Malaysia

Copyright @2012

.