News

Penggambaran Video Inisiatif Penjenamaan & Pemasaran Pelancongan Langkawi

Assalamualaikum & salam sehati sejiwa.

15 November 2015 - Lembaga Pembangunan Langkawi telah melantik syarikat Panomatic Sdn. Bhd. untuk menjalankan sesi penggambaran bagi video pelancongan yang terbaru di Langkawi dan Taman Agroteknologi MARDI Langkawi telah dipilih sebagai salah satu tempat yang menjadi tumpuan serta tarikan pelancong.

Video-video tersebut akan digunakan bagi tujuan untuk menaikkan dan memajukan industri pelancongan Langkawi. Inisiatif penggambaran ini merupakan salah satu sub-inisiatif Penjenamaan dan Pemasaran, Blueprint Pelancongan Langkawi. Tujuan sub-inisiatif ini dilaksanakan adalah untuk mendapatkan video Langkawi yang terbaru dan akan digunakan di dalam aktiviti promosi dan pemasaran industri pelancongan Langkawi melalui medium percetakan dan online.

Pihak TATML mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak LADA dan Panomatic Sdn. Bhd. kerana sudi memilih TATML sebagai salah satu destinasi untuk mengadakan penggambaran dan turut menemuramah En. Abdul Kadir Bin Din, Pengurus TATML. Pihak TATML melihat peluang ini sebagai salah satu promosi yang merupakan kunci utama bagi menarik kedatangan pelancong. Disertakan foto-foto menarik sekitar lawatan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Haslinda Hashim - Pegawai Perhubungan TATML

 


Agro Technology Park MARDI Langkawi
Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Kedah Darul Aman 07000 Langkawi Malaysia

Copyright @2012

.