News

Majlis Penyerahan Projek & Lawatan YB Datuk Rashidi

Assalamualaikum & salam sehati sejiwa.

27 Oktober 2015 - Telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek dan Lawatan Ke Projek Menaik Taraf Prasarana Taman Agroteknologi MARDI Langkawi. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan taklimat Pembangunan Dan Infrastruktur oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Sharif Bin Haron, Ketua Pengarah MARDI serta diserikan dengan ucapan oleh Yang Berbahagia Datuk Rashidi Bin Hasbullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia.

Turut diadakan sesi menandatangani Dokumen Penyerahan Projek Menaiktaraf Prasarana Taman Agroteknologi MARDI Langkawi, lawatan ke tapak projek dan sesi menandatangani pluk penyerahan Bangunan Dan Infrastruktur.

Pihak TATML amat berbesar hati dengan kehadiran Yang Berbahagia Datuk Rashidi Bin Hasbullah kerana lawatan ini merupakan lawatan kali kedua beliau ke TATML. Sebagai tanda meraikan para jemputan, TATML menghidangkan menu minum petang istimewa roti jala bersama kari rusa. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Hussain Bin Moh Setiusaha Bahagian Pembangunan Prasarana MOTAC, Encik Anuar Bin Razak Pengarah MOTAC Kedah, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Wakil-wakil Media, Kakitangan TATML dan semua jemputan yang hadir bagi memeriahkan majlis. Turut diadakan pada 26 Oktober 2015 bertempat di TATML, Majlis Perjumpaan Yang Berbahagia Dato' Dr. Sharif Bin Haron bersama Pengurus-pengurus Stesen MARDI. Disertakan foto sekitar majlis tersebut.

Sekian, terima kasih.

Haslinda Hashim - Pegawai Penerangan TATML

 


Agro Technology Park MARDI Langkawi
Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Kedah Darul Aman 07000 Langkawi Malaysia

Copyright @2012

.