News

TATML Memenangi Anugerah LITA 2015

Assalamualaikum & salam sehati sejiwa.

TATML 19 Disember 2015 - Malam semalam iaitu Jumaat 18.12.2015, terpahat satu lagi sejarah Taman Agroteknologi MARDI Langkawi telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah "Main Attraction" Kategori Natural. Menjadi lebih menarik lagi hadiah kemenangan ini disampaikan sendiri oleh Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia.

Dengan penyertaan lebih dari 149 penggiat pelancong di Langkawi dari berbagai kategori, TATML terus cemerlang mengukir nama dan berada di persada. Adalah dilihat kemenangan ini sebagai satu pengiktirafan yang tinggi kepada TATML. Oleh itu pengurusan TATML mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak LADA, Kementerian Pelancongan Malaysia, khususnya kepada Timbalan Ketua Setiausaha MOTAC selaku pengerusi panel penilai di atas sokongan dan pemilihan ini.

Anugerah ini sekali gus mengiktiraf pengujudan TATML dalam segmen pelancongan Langkawi. Saya juga dedikasikan kemenangan ini kepada pengurusan tertinggi MARDI yang senantiasa komited dan memberi sokongan padu terhadap pembangunan TATML. 

Sekian,

Terima Kasih.

Pengurus Stesen TATML


Agro Technology Park MARDI Langkawi
Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Kedah Darul Aman 07000 Langkawi Malaysia

Copyright @2012

.