News

Fam Trip Deligasi Guangzhou, China

Assalamualaikum & salam sehati sejiwa,

27 Januari 2016 - TATML dengan kerjasama pihak LADA telah menerima lawatan Fam Trip Deligasi Guanghou, China sempena penerbangan sulung Air Asia Guanghou ke Langkawi. Syarikat Air Asia menawarkan penerbangan empat kali seminggu dari Guanghou ke Langkawi.

Deligasi ini dibawa untuk menikmati keindahan alam sewaktu lawatan ladang dan keunikan TATML sebagai produk pelancongan yang mengetengahkan buah-buahan tropika sebagai satu tarikan. Pihak TATML mengucapkan jutaan terima kasih kepada Bahagian Pelancongan LADA dan mengharapkan langkah promosi ini akan menarik lebih ramai pelancong dari Guanghou ke TATML. Disertakan foto menarik sekitar lawatan tersebut.

Sekian, berita semasa TATML.

Haslinda Hashim

 


Agro Technology Park MARDI Langkawi
Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Kedah Darul Aman 07000 Langkawi Malaysia

Copyright @2012

.