News

Slot TATML Dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6

Assalamualaikum & salam sehati sejiwa,

31 Januari 2016 - Pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur telah memaparkan slot TATML sebanyak satu muka surat dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun 6 bagi kurikulum standard sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia cetakan pertama 2015.

Buku teks merupakan salah satu sumber belajar dan bahan ajar yang banyak digunakan dalam pembelajaran. Buku teks memang merupakan bahan ajar sekaligus sumber belajar bagi pelajar yang konvensional.

TATML melihat langkah ini bersesuaian dengan fungsi utama TATML sebagai stesen sokongan kepada pusat kecemerlangan dalam pemindahan dan pengkomersialan teknologi pertanian berkonsepkan Agro-pelancongan.

Sekian, berita semasa TATML

Haslinda Hashim


Agro Technology Park MARDI Langkawi
Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Kedah Darul Aman 07000 Langkawi Malaysia

Copyright @2012

.