News

Lawatan Universiti Toyo Jepun

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,

18 Februari 2016 - Sempena dengan Kajian Pembangunan Negeri Kedah melalui kaedah "Public Private Partnership (PPP)" oleh University Toyo, Jepun yang dikendalikan oleh Kedah Investment Centre.

Semalam satu lawatan kerja oleh ahli-ahli akademik dari University Toyo telah membuat kunjungan ke TATML khusus untuk melihat dan meninjau pembangunan yang dilaksanakan disini.

Deligasi ini diketuai oleh Mr Katsotoshi Sam, Professor Toyo University, School Director Asia PPP Institute, Mr Kohei, Toyo University, PPP School Senior Staff, Mr Fumiaki Toyo School PPP, JICA Mr Koji Toyo PPP School Daiwa Lease.

Program ini telah diisi dengan takliamt pembangunan dan operasi oleh Pengurus TATML. Lawatan ladang, menikmati buffet buah-buahan dan diakhiri dengan lawatan ke Taman Inovasi Pertanian Bandar. Turut serta Pengarah MARDI Negeri Encik Rashidan bin Ariffin dan pegawai dari Kedah Investment Centre.

Pembentangan awal dari kajian ini akan diadakan dalam satu bengkel pada hari ini jam 11.00 pagi di Wisma Darulaman Alor Setar Kedah. Pegawai-pegawai kanan dari berbagai sektor Pembangunan Negeri Kedah turut dijemput antaranya UPEN, UUM, Kulim Technology Park, PKNK dan beberapa lagi jabatan dan badan yang berkaitan serta Pengarah MARDI Negeri.

Perbincangan saya dengan Professor Sam adalah untuk meningkatkan jumlah pelawat Jepun ke TATML dan beliau berjanji untuk membuat beberapa perkara dan mekanisme tertentu untuk mengatasi masalah ini dan beliau telah memajukan promosi TATML telah pun sedia ada dalam buku Travel Guide yang popular dan boleh didapati di Jepun dan menjadi rujukan kepada pelancong Jepun sebelum datang ke Malaysia.

Harapan saya selepas ini TATML akan menjadi lebih signifikan kepada pelancong dari negara matahari terbit itu.

Sekian berita semasa TATML

Pengurus MARDI Langkawi


Agro Technology Park MARDI Langkawi
Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Kedah Darul Aman 07000 Langkawi Malaysia

Copyright @2012

.