News

Where2 Travel & Lifestyle Magazine

6 Mac 2016 - TATML menerima lawatan penulis Malaymail dan Where2 Travel & Lifestyle Magazine yang merupakan majalah terbitan dwi-bulanan mengenai perjalanan dan gaya hidup bertujuan menjadi panduan penting untuk perjalanan dan gaya hidup di Malaysia.

Sebagai pengenalan, Encik Abd Kadir bin Din selaku pengurus stesen berkongsi misi dan visi MARDI secara umumnya dan menceritakan pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh TATML khususnya bagi menyokong industri pelancongan yang berkembang pesat kini.

Suasana damai dengan kehijauan pokok-pokok dan udara bersih yang menyegarkan merupakan tarikan utama TATML yang mampu memberi kepuasan tersendiri. Pihak TATML juga senantiasa melakukan inovasi dalam aktiviti sepanjang lawatan ladang bagi menarik minat pengunjung.

Penulis tidak melepaskan peluang untuk bergambar di kawasan tanaman anggur White Malaga untuk dikongsikan bersama pembaca. Lawatan di Laman Pertanian Inovasi Bandar TATML merupakan salah satu kaedah untuk menyebarkan ilmu pertanian, R&D dan teknologi dalam hortikultur landskap serta pendekatan dalam membangunkan hortikultur di bandar-bandar Malaysia.

Pihak TATML mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Malaymail dan Where2 Travel & Lifestyle Magazine kerana memilih TATML untuk dimuatkan dalam sisipan keluaran yang akan datang.

Sekian, berita semasa TATML.

Haslinda Hashim

Santai. Pengurus TATML, Encik Abd Kadir bin Din ditemuramah oleh penulis.

Penulis tidak melepaskan peluang bergambar bersama anggur White Malaga ketika sesi lawatan ladang.

Pengurus TATML ketika memberi penerangan mengenai Laman Inovasi Pertanian Bandar.

Pengurus TATML bergambar bersama Encik Razan penulis Where2 Travel & Lifestyle Magazine dan Encik V.Sivaraji penulis Malaymail.


Agro Technology Park MARDI Langkawi
Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Kedah Darul Aman 07000 Langkawi Malaysia

Copyright @2012

.