News

Blogger Lotour.com China

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,

23 Jun 2016 - LADA menganjurkan satu FAM Trip yang disertai oleh 15 orang Blogger Lotour.com daripada China bagi mempromosikan Langkawi kepada bakal pelancong dari China. Kehadiran sekumpulan blogger ini ke TATML mampu menaikkan nama Langkawi di dalam pasaran dunia dan ini juga mampu memberikan kesan positif kepada pihak TATML bagi mempromosikan TATML sekaligus meningkatkan statistik kemasukan pelancong dari negara China pada tahun ini.

Lawatan blogger tersebut ke TATML disambut mesra oleh Pengurus Stesen yang turut memberikan pelbagai maklumat dan menonjolkan pelbagai keunikan buah-buahan tempatan kepada kumpulan tersebut sepanjang sesi lawatan ladang.

Ternyata reaksi positif diterima oleh pihak TATML apabila kumpulan tersebut amat berminat dan teruja semasa sesi lawatan. Rata-rata sibuk bergambar bagi membantu mempromosikan TATML kepada bakal pelancong dari negara China.

Pihak TATML mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak LADA kepada TATML bagi sama-sama memajukan sektor pelancongan di Langkawi. Disertakan foto-foto menarik sekitar lawatan tersebut.

Sekian, berita semasa TATML

Haslinda Hashim


Agro Technology Park MARDI Langkawi
Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Kedah Darul Aman 07000 Langkawi Malaysia

Copyright @2012

.