News

Rombongan Bapak Bupati Belitung Timur (Indonesia)

Assalamualaikum & salam sejahtera,

25 September 2016 - TATML menerima kunjungan rombongan Bapak Bupati Belitung Timur (Indonesia) untuk melihat dan mempelajari kaedah membangunkan TATML. Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat oleh Pengurus Stesen TATML bagi berkongsi sejarah penubuhan serta memberikan gambaran jelas kaedah menguruskan aktiviti pelancongan TATML.

Lawatan ini memberikan ruang berkongsi idea dan difikirkan boleh memberi impak jangka panjang kepada pembangunan Pulau Belitung Timur, manfaatnya aktiviti pelancongan mampu membantu masyarakat setempat melalui peluang pekerjaan dan latihan kemahiran.

Pihak TATML mengucapkan jutaan terima kasih kepada Bapak Sutandy Setyawan selaku ketua rombongan. Lawatan ini diharapkan mampu menyediakan peluang kepada rombongan untuk mengumpul segala input agar aktiviti pelancongan dapat dilaksanakan dengan sistematik dan efisyen di Pulau Belitung Timur. TATML mengharapkan agar perancangan dan perlaksanaan berjalan lancar.

Sekian, berita semasa TATML

Haslinda Hashim


Agro Technology Park MARDI Langkawi
Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Kedah Darul Aman 07000 Langkawi Malaysia

Copyright @2012

.